Kabinet Sabah setuju had tempoh jawatan KM

LocalPolitics
23 Mar 2022 • 3:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kabinet Negeri pada dasarnya bersetuju untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri kepada dua penggal sekiranya mendapat sokongan Adun dan wakil rakyat, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

“Sekiranya semua wakil rakyat menyokong usul ini, kita akan bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang bagi tujuan meminda Undang-undang Tubuh Negeri,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Selasa.