Kawasan sekitar Lembah Klang dinaiki air, alami banjir kilat

7 Mar 2022 • 5:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 MAC: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang ini.

Maklumat dikongsi menerusi Facebook, agensi itu memaklumkan sehingga 5 petang tadi kawasan sekitar Balai Polis Dang Wangi mula dinaiki air.

Antara kawasan itu seperti berikut:
– Jalan Sultan Ismail / Jln Ampang
– Jalan Leboh Ampang
– Jalan Raja Laut (Sogo /Pertama)
– Jalan Kia Peng / Jalan Raja Chulan.

Manakala sungai melepasi paras amaran seperti brikut:
– Sentul – Sungai Batu
– Jambatan Sulaiman – Sungai Klang
– Lebuh Pasar – Sungai Klang
– Jalan Parlimen – Sungai Gombak

Sungai melepasi paras bahaya pula di Jalan Tun Razak – Sungai Gombak

Nadma mengingatkan orang awam agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri ketika banjir berlaku.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved