Scammer ‘Koyak’ Selepas Dapat Tahu Mangsa Bagi 5 Sen Sahaja

23 Mar 2022 • 1:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kes jenayah melibatkan penipuan dalam talian bukan satu lagi perkara baharu di negara kita. Malah boleh dikatakan ia semakin berleluasa dan meningkat hingga menimbul kegusaran banyak pihak.

Keadaan ini membuatkan pihak berkuasa kerap tampil memberi amaran dan tips bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa penjenayah licik ini.

Namun keadaan dilihat sedikit berbeza buat seorang scammer apabila cubaannya untuk menipu seorang guru di Perak tidak menjadi.

Lebih teruk lagi apabila dia pula ‘ditipu’ dan dikenakan oleh pendidik berkenaan.

Mahu ‘pinjam’ RM1,000

Menerusi laporan Harian Metro, guru yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad itu berkata, dia pada mulanya telah dihubungi oleh seseorang individu di Telegram yang menghantar mesej menggunakan indentiti rakannya.

‘Si rakan’ kemudian meminta bantuannya agar dipinjamkan wang sebanyak RM1,000.

Hanya bagi 5 sen

Mengakui bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannnya, Ahmad kemudian bertindak mengiyakan apa sahaja permintaan scammer tersebut.

Dia yang kebetulan berada di pekan terus ke bank untuk memasukkan wang sebanyak 5 sen kepada no akaun yang diberikan scammer terbabit.

image is not available

“Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit.

“Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Mengetahui dirinya sudah ‘terkena’ game, scammer yang berang itu kemudian bertindak memaki guru berkenaan sebelum menamatkan perbualan.

image is not available

“Memang licik sindiket penipuan ini iaitu dengan menggunakan identiti orang yang kita kenali untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkan kembali pada keesokan harinya.

“Kalau kita terpedaya atau tidak berfikir panjang maka sudah tentu kita akan memasukkan sejumlah wang yang diminta ke dalam akaun individu terbabit yang mungkin menjadi kaldai akaun,” katanya.

Tambah guru ini lagi, bukan beliau sahaja yang cuba ditipu oleh mereka, malah beberapa rakan gurunya turut menerima mesej dipercayai dari sindiket sama tetapi menggunakan nombor akaun bank yang berbeza.

Berlaku pada 19 Mac

Menerusi tarikh pada slip resit tersebut, insiden berkenaan dipercayai berlaku pada Sabtu, 19 Mac yang lalu di Slim River, Perak/

Boleh ke masukkan 5 sen?

Persoalannya bolehkah memasukkan wang serendah RM0.05 sen?

Meskipun tiada penjelasan lanjut, dengan jumlah serendah itu, kami percaya beliau telah menggunakan ‘Coin Deposit Machine’ untuk memastikan rancangannya itu menjadi.

image is not available

Ini kerana satu ciapan balas dari Maybank pada 2019 memaklumkan mesin Coin Deposit mereka boleh menerima duit syiling serendah 5 sen.

image is not available

Baca artikel berkaitan :

View Original Article