Zhafri Yahya dipanggil sertai latihan Skuad Kebangsaan

Football
15 Mar 2022 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PEMAIN Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang saingan Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura minggu depan.

Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata, Zhafri, yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia, menggantikan Darren Lok dari Petaling Jaya City FC yang terpaksa digugurkan selepas positif Covid-19.

"Darren pada hari pertama latihan semalam hadir untuk melapor diri namun didapati positif selepas ujian RTK (Kit Ujian Pantas Antigen) yang dibuat dan disahkan sekali lagi menerusi ujian RT PCR (Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction) yang keputusannya diperoleh pagi ini.

"Walaupun Darren berposisi penyerang, Zhafri disenaraikan untuk membolehkan panel jurulatih meninjau kemampuannya serta menyusun gerak dari penjuru bahagian tengah," katanya menerusi kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Selasa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved