Milo Laku Keras Di Jepun!

16 Mar 2022 • 5:18 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Setelah sekian lama, akhirnya pada tahun 2020 penduduk Jepun telah pun menemui erti nikmat minuman malta yang sebenar yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Milo! Sebaik sahaja Milo memasuki pasaran di Jepun, 700% peningkatan jualan dapat dicapai dan sampai tak cukup bekalan!

image is not available

Tetapi kini. rakyat Tokyo tidak perlu risau lagi kerana baru-baru ini Nestle telah membuka satu kiosk minuman di platform Odakyu di stesen Machida!

Sebaik sahaja mendengar perkhabaran itu, ramai penduduk berkongsi keterujaan untuk nikmati minuman tersebut di Twitter!

Berdasarkan ciapan di Twitter, secawan original Nestle Milo itu berharga RM7.15! Berbaloi ke tidak? Yang lagi unik, kiosk di sana terdapat beberapa perisa Milo yang agak berbeza seperti pisang, kiwi dan juga nenas!

Bagi penduduk Jepun, minuman Milo ini lebih premium berbanding dengan Dalgona Coffee di Jepun!

Belum rasai erti Milo yang sebenar sebab dorang belum try Milo Dinosaur!