Twitter Mengembalikan Susur Masa Mengikut Kronologi Selepas Dikecam

TechnologyDigital
15 Mar 2022 • 8:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam Twitter memperkenalkan ciri memaparkan tab khusus untuk melihat susur masa mengikut kronologi. Ciri ini pada asalnya dicuba pada sebilangan kecil pengguna sebelum diberikan kepada semua. Sejurus selepas ciri ciri diaktifkan, ia menerima kecaman pengguna aplikasi telefon pintar.

Menyedari jumlah kecaman tinggi yang telah diterima, Twitter pagi ini mengembalikan semula paparan susur masa mengikut kronologi tanpa tab seperti asal dan sedang mencari cara lain yang lebih disenangi pengguna. Pengguna Twitter pada aplikasi pintar kini boleh mengikuti ciapan mengikut bila ia dihantar dan bukannya paparan algoritma yang dibenci.