Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan

Politics
1 Mar 2022 • 1:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa sebulat suara meluluskan usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditangguhkan ke mesyuarat kedua yang akan datang.

Penangguhan usul itu dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti Perkara 1 yang ada dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul ini di bawa ke mesyuarat kedua yang akan datang,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Usul penangguhan itu kemudiannya disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Susulan itu, jawatan seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kini kosong dan hanya Datuk Mohd Rashid Hasnon yang memegang jawatan itu ketika ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved