Setelah 88 Tahun, Hagia Sophia Bakal Adakan Solat Tarawih Pertamanya!

31 Mar 2022 • 12:21 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Buat pertama kalinya dalam tempoh 88 tahun -- Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul bakal diimarahkan dengan kehadiran jemaah yang akan menunaikan solat tarawih.

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.

image is not available

Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan.

image is not available

Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.

image is not available

Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun, ia berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

image is not available

Sumber: BERNAMA