TDM bina jambatan sementara ke SJSM

13 Mar 2022 • 5:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU - Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Projek Jiwa Murni telah membina jambatan sementara berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kampung Jenagor dekat Hulu Terengganu bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat banjir bulan lepas.

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri berkata, jambatan 'Compact Bailey 200' sepanjang 30 meter itu sangat penting sebagai laluan keluar masuk pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke SJSM yang kini terpaksa menggunakan bot sebagai alternatif.

"Jambatan ini telah mula dipasang semalam dan dijangka siap sepenuhnya esok (14 Mac).

"Tanggungjawab pemasangan jambatan ini diberikan kepada Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja (MK RAJD) 2 Div yang melibatkan lima pegawai dan 64 anggota dari 7 SKN RAJD Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu dengan dibantu oleh 1 SKN RAJD dan 91 Rejimen Bantuan RAJD," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya TDM sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat, menepati tonggak kelima perintah ulung Panglima Tentera Darat iaitu meningkatkan hubungan dengan orang awam.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri, semua agensi kerajaan dan TNB yang terlibat secara langsung dalam membantu pemasangan jambatan ini," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved