Sidang dewan negeri esok, DYMM Sultan Selangor sempurnakan istiadat pembukaan

13 Mar 2022 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 MAC: Persidangan penggal kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 dijadual berlangsung selama dua minggu di Bangunan Annex di sini mulai esok.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan istiadat pembukaan.

Semua termasuk wakil rakyat dan pengamal media disyarat lengkap dua dos vaksin dan membuat saringan sebelum hadir ke persidangan itu. Individu bergejala juga tidak dilarang hadir.

Isu yang dijangka dibahas ahli dewan antaranya belanjawan negeri, bencana banjir dan persediaan negeri menghadapi fasa endemik.

Speaker DNS Ng Suee Lim juga memberi jaminan semua wakil rakyat diberi masa secukupnya bagi membahas pelbagai isu kepentingan rakyat.

“Kita akan melaksanakan persidangan mengikut jadual selama dua minggu dan saya akan memberi masa secukupnya kepada semua wakil rakyat untuk berbahas,” katanya.

Siaran langsung perbahasan wakil rakyat boleh disaksikan menerusi pautan https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor manakala laporan ucapan dan perbahasan boleh diikuti melalui portal selangorkini.my

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved