PPV Mega ditutup bermula 16 Mac

5 Mar 2022 • 8:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini.

Beliau berkata, sehingga tarikh tersebut, vaksinasi Covid-19 secara jumpa terus (walk-in) masih dibuka.

Ia membabitkan PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan PPV World Trade Center (WTC) Kuala Lumpur.

"Waktu operasi walk-in bermula jam 9 pagi hingga 6 petang,"katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Kumpulan sasaran bagi kedua-dua PPV berkenaan adalah kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun (dos 1) selain remaja 12 hingga 17 tahun (dos 1/ dos 2).

Sasaran turut membabitkan golongan dewasa 18 tahun ke atas membabitkan pengambilan vaksin dos 1, 2 dan penggalak (booster).

Semua PPV Mega akan ditutup bermula 16hb Mac 2022. Sehingga tarikh tersebut, vaksinasi COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) dibuka seperi di butiran berikut: pic.twitter.com/4UycJyvTDZ

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved