
KENINGAU: Pasukan Keningau muncul juara dalam Karnival Bola Tampar Wanita anjuran Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan baru-baru ini.
Mereka memenangi semua perlawanan untuk merangkul gelaran itu, dengan naib juara dimenangi oleh Tenom dan Pensiangan menduduki tempat ketiga, sementara Tambunan di tempat keempat.
Acara itu yang diadakan buat pertama kali dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau (Sektor Pembangunan Pelajar) Eric Etor Dius mewakili Pegawai Pendidikan Daerah, Masly Wahip.
Dalam ucapannya, Eric berkata antara tujuan penganjuran karnival itu di zon pedalaman adalah untuk menanam gaya hidup sihat dalam kalangan pendidik.
“Selain itu, ini juga adalah satu persediaan dan pemilihan pemain zon pedalaman untuk karnival peringkat negeri pada tahun ini di mana Keningau adalah tuan rumah.
“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup kerana menyumbang kepada penganjuran karnival bola tampar ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
