Bayar parkir secara digital mulai 1 April, segera muat turun aplikasi

24 Mar 2022 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 MAC: Bayaran parkir kereta di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dilaksana secara digital (e-kupon) sepenuhnya mulai 1 April.

Berikutan itu, orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) bagi memudahkan urusan pembayaran selepas tempoh tersebut.

“Jom sama-sama muat turun aplikasi Smart Selangor Parking yang tentunya mudah, cepat dan selamat,” kata pengendali aplikasi itu di Facebook rasminya.

Aplikasi SSP boleh dimuat naik di Google Playstore, Appstore atau Huawei store.

Petang tadi, EXCO Kerajaan Tempatan memaklumkan pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit mulai 26 Mac.

Ng Sze Han menjelaskan inisiatif itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan mereka yang berdepan kerugian berikutan sistem berkenaan dikuat kuasa seminggu lagi.

Untuk rekod, aplikasi SSP menjimatkan 1,041,221 kilogram kertas sejak diperkenalkan pada 2018. Sehingga kini, SSP mempunyai 1,963,241 pengguna berdaftar.

image is not available

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved