Dana kecemasan untuk baiki kuarters guru SMK Weston

28 Mar 2022 • 11:31 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohammad Alamin berkata kementeriannya akan menyediakan dana kecemasan untuk membaiki kuarters guru SMK Weston yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha, dan kita sedang menunggu laporan mengenai struktur bangunan daripada Jabatan Kerja Raya dan kita akan menggunakan dana kecemasan untuk membina semula bangunan itu,” katanya selepas meninjau premis terbabit, di sini, Jumaat.