‘Gatal’ Lagu Tempatan Pertama Raih 1 juta Video di TikTok!

Music
18 Mar 2022 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Baru sahaja tiga minggu dilancarkan, lagu Gatal nyanyian Janna Nick terus menjadi tular dan mendominasi carta muzik tempatan dan global di aplikasi TikTok. 

Penangan Gatal ternyata menjadi apabila ia berjaya meraih 1.5 juta video di aplikasi TikTok melibatkan beberapa buah negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Kemboja sekali gus menjadikan ‘GATAL’ sebagai lagu tempatan pertama yang meraih pembuatan video melebihi 1 juta di aplikasi itu.

@wanitabermisai

Reply to @nrazwaaaaa jangan reramai main kipas lak malam ni. Takut nenek tu hempuk nyawa korang🤧

♬ Gatal - Janna Nick

Kempen lagu tersebut dimulakan Janna sendiri menerusi TikTok. Ia kemudian menjadi tular dengan hebat apabila ia mula mendapat perhatian pengguna aplikasi itu sehingga ke benua Eropah Timur iaitu Rusia.

“Saya pun tak sangka lagu ‘Gatal’ ini akan dapat sambutan seperti ini. Alhamdulillah. Saya hargai sangat-sangat. 

“Terima kasih juga kepada pencipta lagu ‘Gatal’ ni, Aepul Roza dan juga Warner Music Malaysia atas kerjasama ini,”kata Janna dalam satu kenyataan akhbar.

Mengintai video muzik rasmi lagu tersebut, ia sudah mendapat 4 juta tontonan dan dibanjiri dengan komen daripada pendengar dalam dan luar negara. 

“Saya dari Vietnam, maaf bahasa Inggeris saya tidak berapa bagus. Namun video ini sangat klasik dan unik. Saya sayang awak,” kata seorang penonton. 

“Saya jumpa lagu ini dari TikTok dan terus suka lagu ini. Ikhlas dari Filipina,” tulis satu komen.

“Tidak boleh berhenti mendengar lagu ini,”kata seorang pendengar dari luar negara.

image is not available

Gatal merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza dan telah dilancarkan sejak 28 Januari yang lalu manakala muzik video dilancarkan pada 9 Februari 2022 di YouTube Janna Nick.

Gatal juga merupakan usahasama yang pertama diantara Janna Nick dan juga Warner Music Malaysia. - Getaran, 18 Mac 2022

Tahniah Janna!

image is not available

Sumber foto: Warner Music Malaysia