Apple Studio Display Hadir Dengan Paparan 27-inci 5K Retina, Kamera “Center Stage”, Bermula RM6999

TechnologyDigital
9 Mar 2022 • 3:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersama pengenalan Apple Mac Studio. Apple turut memperkenallkan panel paparan pelengkap untuknya, dinamakan sebagai Apple Studio Display.

image is not available

Ia hadir dengan rekaan ikonik dan elemen Apple – menawarkan panel paparan 27-inci 5K Retina, termasuk dengan pengoptimasian pewarnaan yang baik melalui teknologi True Tone.

Panel paparan ini sendiri hadir dengan cip Apple A13 Bionic secara terbina untuk penawaran sistem kamera dan audio.

image is not available

Apple Studio Display hadir terbina bersama kamera ultra-lebar 12-megapixel untuk memudahkan panggilan video. Ia turut menyertakan ciri Center Stage yang memfokuskan kepada pengguna apabila mereka bergerak ketika panggilan video.

Disamping itu, ia menyertakan tiga mikrofon untuk kualiti audio bertaraf studio, selain enam speaker secara terbina. Dari segi sambungan, Studio Display menyertakan sehingga tiga port USB-C.

Di Malaysia, Apple Studio Display ini boleh didapati pada harga bermula RM6999 untuk kaca biasa, sementara kaca bertekstur nano ditawarkan pada harga bermula RM8299.