“Bumi Tak Bergerak, Dia Tetap..” – Ada Yang Husnudzon, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’

30 Mar 2022 • 2:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias (UKE) ada membuat kenyataan kontroversi dalam salah satu ceramahnya.

Dalam video itu, Ustaz Kazim berkata bahawa sebenarnya bumi itu tidak bergerak dan berada dalam keadaan pegun dan yang bergerak mengelilingi bumi ini sebenarnya matahari dan bulan.

Dalam Al-Quran menceritakan bahawa bumi itu tetap, dia tak bergerak. Yang bergeraknya adalah matahari dan bulan.

Berikutan itu, ramai warga maya berasa ‘speechless’ kerana kenyataan Ustaz Kazim didakwa telah bercanggah dengan apa yang dipelajari selama ini ketika di bangku sekolah.

Namun begitu, ada juga yang memilih untuk bersikap husnudzon dan menganggap apa yang dikemukakan pendakwah itu hanyalah daripada pendapatnya yang tersendiri.

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Mula-Mula Cubit Pipi.." - Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang, Bapa Nekad Buat Laporan Polis

View Original Article