Lebih enam juta maut akibat Covid-19 di seluruh dunia

8 Mar 2022 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PARIS - Lebih enam juta orang di seluruh dunia dilaporkan maut akibat Covid-19 sejak ia merebak pada dua tahun lalu, menurut pengiraan dari sumber rasmi yang dikumpulkan AFP pada Selasa.

Sejumlah, 6,001,585 orang telah meninggal dunia akibat virus tersebut, menurut kiraan AFP pada jam 9 pagi (waktu tempatan).

Jumlah tersebut dikira apabila rekod jangkitan dan kematian masih melonjak di kebanyakan wilayah di seluruh dunia kecuali Asia, di mana Hong Kong dan New Zealand mengalami wabak teruk.

Namun, purata kematian harian global telah menurun sejak seminggu lalu kepada 7,170 orang atau 18 peratus. Ia dilihat sedang kemuncak ketika gelombang varian Omicron dikesan pada Februari lalu.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) masih merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu 960,311 kes, diikuti Brazil sebanyak 652,341 dan India iaitu 515,102. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved