Peranti bernilai RM450j bakal diagih percuma kepada pelajar kurang mampu

26 Mar 2022 • 1:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan memberikan bantuan kira-kira 3,500 hingga 4,000 peranti percuma bernilai keseluruhan RM450 juta untuk pelajar kurang mampu dan dari keluarga B40 yang melanjutkan pengajian di kolej komuniti, politeknik, institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, berkata, permohonan itu akan dibuka bermula 15 April ini dan agihan fasa pertama dijangka akan diberikan pada Jun ini.

Ia akan dilaksanakan oleh unit khas diwujudkan di bawah kementerian yang mana pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan, pusat pengajian awam dan swasta bagi memastikan agihan itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mengumumkan sebuah pusat ekonomi digital di Sandakan yang antara lain penting untuk membantu memberi ilmu keusahawanan digital kepada peniaga kecil dan runcit mampu memasarkan perusahaan mereka secara digital seiring era perniagaan tanpa sempadan dan dalam talian ketika ini.

Katanya, sekurang-kurangnya, setiap Dewan Undangan Negeri di negara ini juga akan mempunyai pusat berkenaan.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.