Honor X7 Hadir Dengan Snapdragon 680, Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
28 Mar 2022 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain daripada Honor X9, terdapat sebuah lagi model peranti pintar yang bakal diumumkan pada 29 Mac ini. Peranti pintar yang dimaksudkan adalah Honor X7 dan ia pula adalah sebuah peranti 4G dengan janaan cip Snapdragon 680. Ini adalah cip yang sama digunakan pada Honor X8, tetapi kedua-duanya sudah semestinya menampilkan pelbagai perbezaan agak ketara dari pelbagai aspek.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Honor X7 lengkap dengan skrin 6.74-inci LCD yang menyokong resolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan GPU Adreno 610, memori 4GB RAM (tambahan 2GB RAM secara maya) dan storan dalaman 128GB. Bateri adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W SuperCharge.

Sistem kuad-kamera yang digunakan terdiri dengan tetapan 48MP (utama) + 5MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP. Kamera turut menyokong kebolehan rakaman video setinggi 1080P dan kemampuan zum optikal mencapai 8X. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan menjalankan antara muka MagicUI 4.2 berasaskan Android 11.

image is not available

Setakat ini, peranti pintar ini dilihat hanya tersenarai di laman web rasmi Honor sahaja tanpa sebarang perkongsian lanjut mengenai ketersediaan dan harga jualan. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemas-kini lebih lanjut selepas ia diumumkan secara rasminya kelak.

Sumber : Honor