Wujud 'Little Napolean' dalam kerajaan: Tajuddin

Politics
2 Mar 2022 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa wujud kumpulan 'Little Napolean' atau 'Napolean Kecil' dalam pentadbiran kerajaan.

Tajuddin berkata, kumpulan itu digambarkan seolah-olah lebih berkuasa berbanding kabinet dan Perdana Menteri kerana sikap mereka yang tidak bersetuju dengan arahan dan enggan melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Ada ‘Little Nepoleon’ dalam kerajaan iaitu orang-orang yang menganggap mereka lebih berkuasa daripada menteri dan kabinet. Perdana Menteri berikan arahan untuk membantu rakyat, tetapi golongan ini tidak laksanakan.

“Ini bukan tuduhan tidak berasas, saya ada bukti, bila tiba masanya saya akan keluarkan di mana ada antara mereka adalah menteri," katanya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mengulas lanjut Tajuddin berkata, Perdana Menteri merupakan seorang pemimpin yang baik dan tidak akan 'membuang' mereka yang menentang atau tidak menyokongnya.

“Kalau dibuang nanti, ada yang merajuk. Ada yang mengugut Perdana Menteri untuk tarik sokongan jika tidak mengikut mereka.

"Siapa makan cili dia terasa pedas dan saya seru jangan beri tekanan kepada Perdana Menteri dalam suasana kedudukan negara yang semakin stabil ketika ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved