EQA, kereta elektrik pertama Mercedes di Malaysia pada harga hampir RM260 ribu

Cars
10 Mar 2022 • 4:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Mercedes EQA adalah kenderaan elektrik sepenuhnya pertama daripada pengeluar kenderaan mewah itu di Malaysia. Ia adalah sebuah EV dalam kategori SUV yang memiliki bentuk badan sama dengan Mercedes GLA sedia ada.

image is not available

Harga jualan Mercedes EQA

Mercedes EQA boleh didapatkan di Malaysia pada harga RM278,201. Bersama-sama dengan pembelian itu, ia dilindungi jaminan selama 4 tahun tanpa had perbatuan manakala bahagian baterinya dilindungi jaminan selama 8 tahun.

image is not available

Pada harga sebegitu, Hyundai Ioniq 5 Max kelihatan seperti kereta yang lebih berbaloi. Pada harga RM259,888, anda dapat kereta dengan rekaan yang lebih segar luar dan dalam.

Spesifikasi Mercedes EQA

EQA dibangunakan berasaskan kerangka Mercedes GLA (versi petrol) yang oleh anda dapatkan pada harga sekitar RM241 ribu. Untuk versi elektrik, EQA dilengkapi motor yang memuntahkan kuasa setinggi 190hp dengan daya kilas 375Nm.

image is not available

Motor yang memacu tayar hadapan ini boleh membawa kereta ini pada kelajuan maksimum setinggi 160km/j. Tentang sumber tenaga, Mercedes membekalkan tangka bateri berkapasiti 66.5kWh yang boleh membawanya sejauh 426km.

Bila perlu dicas semula, kereta ini menyokong input kuasa DC setinggi 100kW dan tempoh mengisi selama 30 minit Ia juga boleh menerima tenaga daripada soket 3 pin rumah anda tapi tempoh mengecasnya jadi lebih panjang iaitu 5 jam 45 minit.

Satu berita baik tentang mengecas, Mercedes memaklumkan yang pemilik EV ini boleh mengakses 13 outlet pengecas DC yang dipasang di pengedar sah Mercedes di seluruh negara secara percuma sehingga 2023. Selain itu, mereka turut menikmati diskaun 50% bila mengecas di kemudahan mengecas kelolaan JomCharge.