Resipi Susu Kurma Yang Mudah Dan Jimat, Boleh Buat Untuk Sahur

14 Mar 2022 • 11:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
susu kurma

Alhamdullillah, lagi beberapa minggu je kita nak masuk dalam bulan Ramadhan. Mesti korang excited kan? Tak sabar nak buka puasa dan sahur sama-sama dengan keluarga, solat tarawih, balik kampung jumpa mak ayah, nak pergi bazar Ramadhan dan macam-macam lagi!

Haa, cakap pasal bulan Ramadhan ni, mesti kita akan teringat kurma kan? Siapa dekat sini yang suka sangat makan kurma dan tak akan tinggal makan kurma semasa buka dan sahur? Ataupun yang memang selalu beli susu kurma untuk buat sahur?

Korang jangan risau, lepasni dah tak perlu lagi nak beli susu kurma yang jual dekat kedai tu! Buat sendiri je senang. Lagi sedap, mudah dan murah!

Oh! Media kali ini nak share dengan korang, resipi paling mudah untuk buat susu kurma! Jom cuba!

image is not available

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang korang perlukan untuk buat susu ini adalah semestinya bahan utama, kurma! Sediakan 7-10 biji kurma, tak kisah brand apa.

Dah ada kurma, kena la ada 1 cawan air kosong dan juga 2 cawan susu segar, sama ada full cream atau low fat. Nak guna susu tepung pun boleh okay!

Kalau korang nak tambah madu ke, kismis ke apa-apa bahan lain pun boleh. Tapi, kalau campur susu dan kurma je pun memang dah sedap tau!

Cara-cara

1. Belah kurma dan keluarkan biji

image is not available

2. Rendam isi kurma

Lepas dah belah dua, rendamkan kurma dalam air kosong semalaman. Kalau rasa taknak tunggu lama, korang boleh rendamkan kurma guna air panas dalam 10-15 minit. Cepat je kurma tu lembut nanti!

image is not available

3. Tuang kurma dalam blender

Okay step ketiga, korang boleh terus tuangkan kurma dan air rendamannya dalam blender dan masukkan susu segar.

Kalau korang guna susu tepung, bancuh dulu susu tepung tu atau masukkan beberapa sudu susu tepung dan lebihkan sikit air semasa nak blend.

Kisar sehingga hancur!

image is not available

4. Tuang dalam gelas, biar sejuk

Lepas dah siap blend susu dan kurma tadi, korang boleh letakkan dalam gelas atau botol. Lagi sedap kalau korang buat waktu malam, siap blend semua, letak dalam peti ais dan masa nak sahur tu korang minum! Memang sedap weh!

image is not available

Senang je kan? Semua orang boleh buat resipi ni dekat rumah je. Tak payah membazir beli dekat kedai lagi. Sihat pun sihat.

Biasanya susu ni kalau minum semasa sahur, In sha Allah perut akan tahan sampai berbuka. Kalau korang suka susu dan kurma, boleh ikut resipi ni okay!

Sementara belum start bulan Ramadhan ni, korang cuba-cuba la dulu buat. Nanti dah dekat puasa, senang la dah mahir! Hahah, selamat mencuba dan selamat menyambut bulan Ramadhan semua!

Kredit: Iluminasi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media