(Video) “Mak Siapa Tu…?”- Netizen Kecam Tindakan Wanita Sapu Licin Kuih Ketika Majlis Masih Berlangsung

Entertainment
27 Mar 2022 • 3:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kenduri

Apa sahajalah orang kita ni kan? Ada jer isu yang jadi trending disebabkan tingkah laku orang kita yang bermacam-macam. Sekarang ni, tersebar pula video menunjukkan seorang wanita yang juga tetamu dalam satu majlis perkahwinan ambil kuih yang dihidangkan tuan rumah walaupun majlis masih berlangsung.

Video itu trending di TikTok di mana wanita yang memakai baju kurung biru gelap itu dilihat sedang memilih kuih yang mahu dibungkus untuk bawa pulang.

Dia dilihat mengambil kuih muih sehingga licin sebelum memasukkannya ke dalam plastik berwarna hijau dan terus berlalu pergi.

Tak patut buat macam tu!

Rata-rata berpendapat, wanita itu tidak seharusnya berbuat sedemikian kerana ketika itu majlis masih berlangsung dan belum selesai.

Memang normal dan menjadi kebiasaan ibu-ibu yang membawa lauk pauk atau makanan lain yang tidak habis di majlis kahwin. Tetapi, tindakan wanita terbabit dikritik kerana tetamu jemputan masih lagi berada di lokasi majlis itu diadakan.

image is not available

Difahamkan kejadian itu berlaku di Indonesia dan ada netizen yang dilihat bersangka baik menganggap wanita berkenaan merupakan ahli keluarga tuan rumah. Apapun, kita janganlah buat perangai macam ni kerana ada adab ketika datang ke majlis orang.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.