Hajiji ucap tahniah kepada BN Johor

Politics
14 Mar 2022 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) Johor kerana memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lepas.

“Rakyat di Johor sudah membuat keputusan dan keputusan mereka mesti dihormati. Kami mengucapkan tahniah kepada BN di Johor kerana memenangi PRN Johor,” katanya.

Ketika ditanya sama ada akan ada sebarang kesan ke atas Sabah, Hajiji hanya berkata ‘lain padang, lain belalang’.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan pelancaran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan Datuk Peter Anthony, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Ahad.

Peter, ketika ditemui kemudian, turut bersetuju dengan Hajiji bahawa keadaan di Sabah berbeza dengan Melaka dan Johor yang didominasi parti politik di Kuala Lumpur. “Saya percaya selepas apa yang berlaku di Melaka dan kemudian Johor, sudah pasti parti yang menang akan meminta sesuatu yang baharu dilakukan termasuk kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal.

“Tetapi saya rasa di peringkat Negeri Sabah, kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghadapi PRU,” katanya sambil menambah parti KDM beliau mungkin baru dilancarkan tetapi ia sudah mempunyai akar umbi sejak dahulu lagi, mungkin merujuk kepada KDM Malaysia yang merupakan sebuah persatuan yang diasaskannya dan sudah aktif sejak dahulu lagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.