
PENAMPANG: Operasi bersepadu yang dijalankan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sabah menunjukkan semua tapak pembinaan dan kontraktor mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Pengarah CIDB Sabah Rosmen Awang Hassan berkata, satu kontraktor utama dan 17 subkontraktor membabitkan seramai 325 pekerja, termasuk 135 warga asing diperiksa semasa operasi itu.

