Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 6 Buah Negeri Hari Ini

8 Mar 2022 • 5:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Amaran ribut petir, huan lebat dan angin kencang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) kepada enam buah negeri petang ini termasuklah beberapa daerah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Menurut laporan Kosmo, cuaca buruk dijangka akan berlaki sehingga pukul 5 petang dalam sebuah laporan.

Di Kedah membabitkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang serta amaran dikeluarkan di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri Sembilan juga dikatakan akan berlaku cuaca buruk yang hanya tertumpu di daerah Seremban sahaja. 

Di Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Untuk pengetahuan, amaran akan dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam atau lebih.

Semoga semuanya baik-baik saja dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved