Jiwa Rashford masih United

Football
12 Mar 2022 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford berada pada tahap terbaik untuk memulihkan prestasinya selepas melalui beberapa fasa yang mengecewakan pada musim ini.

Pengendali sementara The Red Devils, Ralf Rangnick berkata, tonggak England sebelum ini mendapat kurang minit permainan sekali gus menyebabkan pemain berusia 24 tahun itu terpaksa bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

“Rashford tidak mempunyai masa permainan yang mencukupi sebelum ini. Namun kini dia mendapat 13 hingga 14 perlawanan sejak saya berada di Old Trafford, malah bermain lebih banyak bermain dari awal berbanding sebelumnya..

“Dia tidak menyebut apa-apa mengenai perasaan kurang gembira bersama kelab ini, sebaliknya dia berkata kepada saya bahawa masih gembira dan mahu beraksi di peringkat tinggi bersama kelab ini,” kata Rangnick.

Untuk rekod, Rashford menjaringkan 21 gol dalam semua kejuaraan pada musim lalu, namun selepas kembali pulih daripada kecederaan bahu pada Oktober lalu dia telah lima gol.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved