Punca Utama Peperangan Russia – Ukraine

18 Mar 2022 • 12:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Punca Utama Peperangan Russia – Ukraine

Sejak akhir tahun yang lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin telah memulakan cetusan peperangan yang mendidihkan suhu ketegangan antara Rusia–Ukraine. Pada November 2021, pihak Amerika Syarikat (AS) telah mendapati ada satu gerakan luar biasa tentera Rusia di wilayah Ukraine. Cetusan ini berlaku kerana pihak Rusia mendesak supaya Ukraine tidak terlibat dengan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) kerana ia akan melibatkan campur tangan Amerika Syarikat.

Photo by Anna Tis from Pexels

Pada Disember 2021, Presiden Joe Biden telah memberi amaran kepada Kremlin (panggilan kerajaan Rusia) yang Rusia akan menerima sekatan ekonomi jika teruskan niat untuk menyerang Ukraine. Dengan ketakutan AS dengan Rusia mereka terus memberi sumbangan US$200 juta untuk bantuan kewangan kepada kerajaan Ukraine.

Pada pendapat Putin, campur tangan Joe Biden hanyalah satu helah untuk mereka terus mendekati dan membuat intipan kepada Moscow (pusat pentadbiran Putin) jika mereka berjaya menggunakan Ukraine sebagai sarang pengintipan AS. Hal ini kerana, Kyiv (ibu negara Ukraine) dan Moscow mempunyai jarak yang sangat dekat dan Joe Biden sangat yakin ia adalah satu kelebihan bagi pihak mereka. Amerika Syarikat sangat licik dan pandai untuk memasuki ruang yang mungkin tidak diketahui oleh Putin.

Vladimir Putin yang menyedari perkara ini terlebih awal telah membuat persediaan dan amaran kepada Ukraine tetapi tidak diendahkan. Hal ini juga telah menyebabkan peperangan ini bermula dan sehingga kini pihak Rusia terus memajukan langkah semakin depan ke wilayah Ukraine. Moscow juga telah memberi amaran jika ada pihak luar yang campur tangan, mereka tidak akan teragak–agak untuk menyerang pihak itu sehingga luar jangkaan mereka.

Dengan kemelut ini, kita sebagai negara yang jauh kedudukannya dengan mereka juga menerima tempias dengan impak ekonomi pada skala kecil sahaja. Harga emas dunia juga telah menunjukkan kenaikan dan penurunan luar biasa akibat peperangan ini. Kini, Rusia telah menjadi negara yang paling banyak sekatan dalam sejarah di dunia. Kita hanya boleh berharap kemelut ini segera selesai dan tidak akan merebak lebih besar dan akan memudaratkan negara kita yang tercinta Malaysia.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.