Jalan berlubang di Inanam, Manggatal

22 Mar 2022 • 3:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang bersedia untuk membaik pulih bahagian rosak jalan akses ke sebuah kampung di Inanam serta menasihatkan seorang wakil dari satu lagi kampung di Manggatal untuk memohon secara rasmi supaya perhatian sama diberikan kepada jalan menuju ke kawasannya.

Ia susulan aduan daripada seorang pemandu yang tinggal di Kg Mabpai, berhampiran Inanam, dan seorang lagi di Kg Kembirian, di Manggatal, mengenai kesulitan yang disebabkan oleh banyak lubang di jalan masing-masing. PENDUDUK Kg Mabpai tidak senang hati mengenai keadaan jalan itu yang semakin merosot.

Kedua-duanya mengeluh mengenai perbelanjaan tambahan yang terpaksa ditanggung kerana kereta mereka sentiasa perlu dibawa ke bengkel.

Bahagian bawah kenderaan mereka sering mengalami kerosakan disebabkan keadaan jalan yang tidak baik itu, menurut mereka.

Mereka menceritakan pengalaman mereka kepada Hotline dalam surat berasingan yang diserahkan kepada DBKK.

Seorang jurucakap Jabatan Pengangkutan dan Trafik (TTD) DBKK berkata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kg Mabpai telah membuat permohonan rasmi meminta bantuan agensi itu.

“Beliau menulis kepada Jabatan Kesejahteraan Masyarakat kami mengenai masalah jalan itu pada Mac tahun lepas,” katanya.

“Suratnya disahkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat bagi Inanam.”

Dia berkata surat-menyurat ini kemudiannya diserahkan kepada TTD pada Mei.

“Kami telah berusaha untuk mendapatkan dana daripada pihak berkenaan supaya kami dapat membaik pulih jalan itu kerana ia dikategorikan sebagai jalan kampung.”

Untuk tujuan ini, jurucakap itu berkata DBKK telah menghubungi Adun Inanam dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk mendapatkan bantuan.

“Kami juga sedang mempertimbangkan sama ada kerja pembaikan itu akan dilaksanakan oleh kakitangan TTD atau rakan sekerja kami di Jabatan lain.

“Sebaik semua butiran ini telah dimuktamadkan, DBKK akan cuba mengatur agar batu kerikil dituangkan ke atas bahagian yang rosak dan permukaan jalan itu diratakan.”

Dia berkata ini akan dilakukan untuk memberi kelegaan sementara kepada pengguna jalan di Kg Mabpai.

Sementara itu, kakitangan DBKK akan memantau secara berkala keadaan jalan itu, menurutnya.

“Kakitangan kami kali terakhir memeriksa jalan itu pada pertengahan Mac.”

Mengenai masalah jalan raya di Kg Kembirian, dia berkata agensi itu masih belum menerima permohonan rasmi untuk bantuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.

“Individu itu harus menulis surat kepada kami dan suratnya disahkan oleh ketua Unit Pembangunan Masyarakat.”

MOJIKON dari Inanam secara peribadi memfailkan aduan mengenai Jalan Sukang-Mabpai dengan DBKK pada Februari 2021.

“Selepas lebih setahun, jalan itu masih belum dibaiki,” katanya pada 21 Mac.

“Agensi itu tidak pun memberi jawapan rasmi kepada pertanyaan saya.

“Saya rasa ini tidak boleh diterima, kerana isu yang saya kemukakan tidak memerlukan banyak usaha pada pihak DBKK untuk menanganinya.”

Dia berkongsi kekecewaannya mengenai keadaan jalan yang semakin teruk dengan seorang lagi penduduk Kg Mabpai.

“Jiran saya memberitahu saya bahawa dia telah melaporkan masalah ini kepada DBKK sebanyak tiga kali, pada 2016, 2018 dan, akhir sekali, pada 2019.

“Dia diberi jaminan, setiap kali, bahawa Jabatan berkaitan telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Mojikon berkata rakannya sudah serik menghubungi DBKK untuk mengetahui sebab laporannya tidak ditangani.

“Pada satu ketika, dia diberitahu bahawa aduannya telah dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya.

“Pada waktu lain, dia diberitahu bahawa syarikat konsesi kerajaan telah dimaklumkan mengenai jalan tersebut.

“Rakan saya tidak faham kenapa DBKK masih tidak tahu siapa pemilik jalan itu selepas bertahun-tahun. Dia merasakan agensi itu tidak bersungguh-sungguh untuk membantunya.”

Mojikon merasakan ia tidak adil untuk agensi itu menutup mata terhadap keadaan jalan yang teruk itu.

“Terdapat lebih 300 penduduk yang tinggal di Kg Mabpai. Mereka bergantung pada jalan ini untuk pergi-balik ke pekan.” SELEPAS hujan, jalan itu menyerupai kolam renang kanak-kanak.

MAIL dari Manggatal berkata jalan ke Kg Kembirian dipenuhi dengan banyak lubang pelbagai kedalaman dan saiz.

Dia berkata, keadaan jalan tersebut semakin merosot sejak beberapa bulan lalu.

“Adalah mustahil untuk mengelak lubang-lubang ini kerana ia agak besar,” katanya.

“Setiap kali hujan, jalan itu menyerupai kolam renang kanak-kanak dengan beberapa bahagian jalan, termasuk lubang, ditenggelami air.”

Lebih memburukkan keadaan, Mail berkata air larian permukaan kekal di bahagian yang rosak, biarpun selepas matahari terbit.

“Ia mengambil sedikit masa sebelum lopak-lopak ini mengering. Saya mengesyaki masalah takungan ini mungkin menyumbang kepada kerosakan dan memburukkan lagi masalah jalan ini.” LUBANG pelbagai rupa dan saiz terbentuk di jalan menuju ke Kg Kembirian di Manggatal.

Dia menyuarakan rasa terkilannya mengenai kekurangan penyelenggaraan yang dijalankan terhadap jalan itu.

Seorang urucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata kakitangannya akan memeriksa saliran di bahagian Manggatal ini.

“Kami perlu mengesahkan dakwaan pemandu mengenai air bertakung di kawasan itu,” katanya.

“Sekiranya terbukti benar, kami akan membuat pemerhatian terhadap jalan itu untuk tempoh tertentu untuk cuba menentukan kenapa air larian tidak surut selepas hujan berhenti.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.