Amaran hujan lebat berserta ribut di Selangor, KL hingga 1 pagi

26 Mar 2022 • 10:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 MAC: SHAH ALAM, 26 MAC: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor serta Kuala Lumpur sehingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kedah (Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Kelantan (Jeli dan Gua Musang).

Amaran turut dikeluarkan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan) serta Negeri Sembilan (Jelebu).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal melanda Sarawak (Kuching, Bau, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Miri dan Limbang), Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) serta Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved