Jawi nafi keluar kenyataan isu sogok seperti dipetik akhbar

7 Mar 2022 • 1:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak bertanggungjawab terhadap sumber laporan sebuah media tempatan dan menafikan mengeluarkan kenyataan seperti dipetik dalam berita itu, pada Isnin.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Jawi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi sebarang laporan tidak beretika yang dibuat berkaitan jabatan tersebut.

"Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang syariah dan akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Tambah beliau, Jawi mengalu-alukan masyarakat membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi sebarang kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan penjawat awam termasuk Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Jawi.

Laporan muka depan sebuah akhbar tempatan mendakwa, segelintir penjawat awam di Putrajaya didakwa menyogok penguat kuasa untuk melepaskan diri sekiranya ditangkap dengan skandal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved