
Zaman sekarang ini boleh dikatakan ramai yang menggunakan alat pemanas air atau water heater di rumah. Memang selesa sangat kalau mandi air suam-suam kan? Tetapi harus diingatkan alat ini perlu diselenggara dengan baik untuk menjamin keselamatan pengguna.
Di Twitter, Mohamad Arif yang merupakan Wireman PW4 berkongsi cara-cara yang betul untuk check water heater korang selamat digunakan atau pun tidak.
Test ELCB water heater
bagi mana-mana rumah yang ada ada water heater pastikan setiap minggu tekan test ELCB dekat water heater tu boleh trip atau tidak. kebanyakkan kes macam ni sebab ELCB tu tak berfungsi dah so on suis current still ada walaupun current leaking, sepatutnya on dia terus akan trip. https://t.co/RxgYNt1riG
— arepletrik (@arepkasim) March 10, 2022
Jelasnya, setiap minggu korang harus menekan butang ELCB yang ada pada water heater untuk pastikan ia berfungsi dengan baik. ELCB adalah salah satu alat keselamatan jika berlakunya kebocoran arus elektrik.
Kebanyakan kes renjatan elektrik daripada water heater adalah disebabkan ELCB yang tidak berfungsi. Jika ia berfungsi dengan baik, suis ELCB tersebut akan ‘trip’ bermakna ianya dapat mengesan kebocoran arus elektrik.
Tekan ELCB di kotak fius utama rumah





Cara test ELCB
since ramai yang tanya macam mana nak test makhluk ciptaan manusia ni so aku buat lah video simple pic.twitter.com/qUUc1a2Ogl
— arepletrik (@arepkasim) March 11, 2022
Pertama sekali korang perlu tekan ON pada suis utama water heater dan lihat sama ada ELB menyala. Kemudian korang tekan suis ‘ELB test’ dan ianya akan ‘trip’ sekiranya berfungsi dengan baik.
Akhir sekali tekan butang ‘reset’ untuk memastikan ia kembali kepada keadaan normal. Maknanya water heater tersebut selamat digunakan dan ELCB masih berfungsi dengan baik untuk mengesan kebocoran arus elektrik.
Bagi sesiapa yang masih tidak jelas atau ada pertanyaan lain korang bolehlah hubungi abang ini di Twitter ya.
Kredit: Twitter @arepkasim
The post Lelaki Ini Kongsi Cara Periksa Keselamatan Water Heater Di Rumah, Buat Seminggu Sekali appeared first on Oh! Media.

