Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, pengguna media sosial kongsi foto, video

7 Mar 2022 • 4:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 MAC: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilaporkan dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang ini.

Difahamkan antara kawasan terjejas adalah Jalan Kuchai Lama dan Jalan Pudu.

Keadaan berlaku itu mendapat reaksi pantas orang ramai khususnya pengguna media sosial yang berkongsi gambar dan video.

Jurucakap Bomba Kuala Lumpur sahkan video tular kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Kuchai Lama sekitar 4.15 petang tadi.

Sementara itu Lebuhraya Baru Pantai (NPE) Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi Twitter mengesahkan beberapa kawasan di Lembah Klang dinaiki air akibat banjir.

NPE memaklumkan penutupan penuh Terowong Kuchai disebabkan banjir kilat, manakala KESAS memaklumkan beberapa kawasan dinaiki air.

LLM pula melaporkan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) ditutup sepenuhnya bagi operasi banjir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved