
SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra Kabinet di Istana Negara, pada Khamis.
Melalui perkongsian Facebook Istana Negara, Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, tiga keping gambar menunjukkan Ismail Sabri mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Seri Paduka Baginda.

