[VIDEO] Status vaksinasi bertukar tidak lengkap, bukan dihilangkan: KKM

28 Mar 2022 • 4:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap dan bukan dihilangkan daripada aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

Sehubungan itu, KKM memaklumkan, mesej yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu.

"Untuk makluman, status vaksinasi Covid-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.

"Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada 24 Mac, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak setelah layak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved