Pelayar Web Brave Kini Memudahkan Anda Menambah RSS Dan Baca Artikel

TechnologyDigital
3 Mar 2022 • 11:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Brave merupakan salah satu pelayar web dengan sejumlah ciri-ciri menarik. Salah satunya adalah Brave News, yang membolehkan anda menyemak sejumlah berita terus pada halaman tab baru – melalui ciri dinamakan Brave News.

Sebelum ini, Brave News sekadar membolehkan pengguna memilih penerbitan yang disediakan secara terbina sahaja. Tetapi, ia berubah dengan pengenalan Brave versi baharu hari ini.

image is not available

Kini, pengguna Brave boleh menyunting Brave News, dan menambah penerbitan yang diminati mereka, melalui penggunaan RSS. Anda hanya perlu memasukkan RSS, dan seterusnya ia akan ditambah secara automatik pada halaman tab baharu di bahagian Brave News.

image is not available

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi anda mengikuti pelbagai berita dan artikel daripada penerbitan yang anda suka – terus pada halaman tab utama.

Bagi anda yang menggunakan Brave, boleh mengemaskini pelayar web Brave pada desktop, Android, dan iOS, sekaligus menikmati ciri baharu ini.