Netizen Tak Puas Hati Nasi Lemak Dapat Rating ‘Okay’, Kalah Dengan Bubur Ayam Indonesia

Food
15 Mar 2022 • 1:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Gara-gara meletakkan kedudukan nasi lemak sebagai ‘okay’ dengan rating 3.9 bintang, hantaran di laman Facebook TasteAtlas menerima reaksi kurang menyenangkan netizen Malaysia.

Dalam senarai yang memaparkan makanan terbaik Asia Tenggara itu, nasi lemak berada seiring dengan chillie crab dari Singapura dan banh xeo dari Vietnam.

Sementara itu, hidangan lumpiang Shanghai dan tortang talong dari Filipina berada di kedudukan teratas dengan 4.8 bintang diikuti bubur ayam Indonesia sebanyak 4.7 bintang.

Hidangan Pho dari negara Vietnam, Pad Thai dari Thailand dan Satay dari Indonesia pula dilabelkan sebagai ‘Great’. Difahamkan, kedudukan ini ditentukan berdasarkan undian pengikut laman Facebook TasteAtlas sendiri.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan keputusan undian. Masing-masing tampil mempertahankan keenakan makanan kegemaran masing-masing terutamanya nasi lemak.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga yang mempertahankan bubur ayam Indonesia dan menyatakan hidangan itu bukanlah ‘kosong’ seperti yang disangkakan. Bubur ayam itu dipenuhi dengan pelbagai lauk pauk sebagai pelengkap hidangan.

Kredit: TasteAtlas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.