
Memetik laporan Bernama, seorang penyanyi nasyid ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah. Penahanan itu dibuat di sebuah kondominium yang terletak di Kota Damansara pada petang Khamis.
Ketika dihubungi pemberita, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan mengenai penahanan lelaki itu.

Difahamkan, pihak polis akan membuat sidang media dalam masa terdekat dan memberi perincian lanjut mengenai penahanan suspek.
Polis PJ tahan seorang penyanyi nasyid kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara semalam.
— MohdFaizalHassan
Difahamkan, dia pernah mengganggotai sebuah kumpulan nasyid & kemudiannya bergerak solo.
Dia juga pernah memenangi AJL ketika di puncak karier.(@f4izalhassan) March 25, 2022
Di Twitter, seorang netizen mendakwa penyanyi itu pernah menganggotai kumpulan nasyid dan kemudiannya bergerak solo.
Apa-apa pun kita tunggu maklumat selanjutnya daripada pihak polis.
Kredit: Bernama
The post Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Dadah appeared first on Oh! Media.

