Honor X8 Lebih Murah Berbanding X9, Tapi Lebih Banyak Ciri Menarik?

Digital
30 Mar 2022 • 7:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebuah acara Honor yang berlangsung malam tadi juga memperkenalkan Honor X8 selain model X9 yang kami kongsikan sebelum ini. Apa kelainannya?

Honor X8 yang didatangkan dengan skrin sebesar 6.7 inci LCD yang menyokong FHD+ serta dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 680.

image is not available

Untuk memori, Honor X8 ini ‘high spec’ berbanding model X9 kerana ia hadir dengan RAM sebesar 6GB dan storan dalaman sebesar 128GB. Tapi untuk bateri, ia didatangkan dengan 4,000mAh yang menyokong sehingga 22.5w pengecasan pantas saja.

image is not available

Pengalaman fotografi pada model ini juga lebih tinggi berbanding model X9. Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan kuad-kamera dengan sensor utama 64 megapixel manakala untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel.

Ia juga didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkannya pada harga RM899 sahaja. Apa pandangan korang?

Kredit: Honor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.