Lelaki miliki syabu dipenjara 10 tahun

3 Mar 2022 • 12:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dipenjara 10 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan kerana memiliki 33.08 gram syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Adzlan Jumaani Tahaya yang mengubah pengakuannya dan mengaku bersalah kepada tuduhan tersebut.

Adzlan didapati memiliki dadah itu pada pukul 11.30 pagi 26 Januari 2021 di dalam sebuah reban ayam di hadapan rumahnya di Kg Lok Baru, Pulau Gaya, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam menjatuhkan hukuman itu, mahkamah telah mempertimbangkan kesalahan, berat dadah dan kepentingan awam.

Mahkamah memerintah supaya Adzlan menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya pada 26 Januari 2021.

Semasa rayuan, Adzlan yang tidak diwakili meminta hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jaffry menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan.

Mahkamah diberitahu bahawa polis, yang bertindak atas maklumat, pergi ke rumah Adzlan dan apabila tiba, pasukan memperkenalkan diri mereka kepada Adzlan.

Polis kemudian meminta Adzlan menunjukkan dokumen pengenalannya dan dia menunjukkan pasportnya.

Semasa pemeriksaan badan Adzlan, polis tidak menemui sebarang benda.

Siasatan awal mendedahkan bahawa Adzlan terlibat dalam aktiviti pengedar-an dadah.

Polis kemudian menemui dadah itu di dalam reban ayam tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.