Kesihatan Abdul Hadi baik, hanya bergejala ringan: Khairil Nizam

Politics
21 Mar 2022 • 9:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif Covid-19 pada Ahad.

Ketua Penerangan Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, Ahli Parlimen Marang itu hanya mengalami gejala ringan dan sedang berehat.

Tambahnya, orang ramai diminta tidak mempercayai berita yang disebarkan sumber tidak sahih mengenai kesihatan Abdul Hadi.

“Saya menyeru kepada semua ahli parti serta rakyat Malaysia supaya berdoa kepada ALLAH agar YB Tan Sri Tuan Guru Presiden Pas yang kita sayangi diberikan kesembuhan dalam kadar yang segera,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.