Alfred Russel Wallace, pengembara British yang belajar ‘ilmu durian’ di Melaka

25 Mar 2022 • 8:17 AM MYT
Soscili
Soscili

Sumber berita Malaysia yang kurang boring & lebih happening!

image is not available

Sebelum ni SOSCILI pernah menulis pasal Alfred Russel Wallace ni dalam artikel ‘Buang ‘ali wallace’: Saintis Melayu yang menyumbang kepada teori evolusi Darwin’:

image is not available

Kalau nak tahu wajah Buang Ali, boleh tengok gambar di atas ni.

Artikel ni menghuraikan kisah seorang anak Melayu Sarawak bernama Buang Mohamad Ali yang menolong Wallace semasa mengembara di Alam Melayu. Banyak juga yang diajar seperti ilmu alam dan bahasa Melayu.

Wallace dalam pengembaraan di Alam Melayu ni dia banyak mengumpulkan begitu banyak spesimen semula jadi (tumbuhan dan binatang) dan ia dihantar kepada Charles Darwin yang kemudiannya muncul dengan Teori Evolusi Darwin.

Pada masa yang sama, dia pun ada mempelajari atau menemui…

Buah durian yang kemudian Wallace mempelajari tentangnya

Sumber: Buku Dispelling the Darkness: Voyage in the Malay Archipelago

Dalam Sejarah Alam Melayu, terdapat seorang naturalis merangkap pengembara, Alfred Russel Wallace. Bukan saja naturalis dan pengembara, malah anak kelahiran Inggeris ni juga seorang ahli biologi serta aktivis sosial.

image is not available

Alfred Russel Wallace. Imej dari BBC.

Akan tetapi walaupun Wallace mempunyai banyak pekerjaan, tapi dia sangat terkenal sebagai pengembara dan naturalis kerana penerokaan sejarah semula jadinya yang luas. Sebelum dia pergi ke Alam Melayu, dia telah melakukan kajian yang mendalam di Sungai Amazon, Amerika Syarikat.

Wallace ni mengembara di Alam Melayu bukanlah kerana ingin mencari harta karun ‘One Piece’ tetapi lebih kepada mempelajari ilmu teologi serta mengumpulkan spesimen semula jadi untuk diberikan kepada Charles Darwin. Dia melabuhkan layarnya di situ selama lapan tahun iaitu dari 1854 hingga 1862.

Banyak juga kawasan yang Wallace ni pergi seperti Borneo, Singapura serta Melaka. Semasa dia di Melaka, ada satu perkara yang dijumpai iaitu durian.

Ye betul, ketika Wallace berada di Melaka, dia pertama kali menjumpai dan merasa buah durian. Kenapa pertama kali? Kerana dia ada cakap:

“buah yang kurang diketahui di England”.

Masa tu Wallace menunjukkan reaksi tak menarik langsung dengan durian ni kerana baunya ‘menyerang’ (menusuk masuk ke dalam hidung) sampai membuatkan dia tak nak rasa langsung buah durian ni.

image is not available

GIF dari giphy.

Awal-awal memang Wallace ni tak suka tapi akhirnya dia cuba untuk bertukar menjadi seorang penggemar durian. Selepas itu, dia mengatakan bahawa durian ni ‘raja segala buah’ dan ‘makanan rasa yang paling indah ia tidak dapat ditandingi’.

Dalam bukunya, The Malay Archipelago, Wallace ada menghuraikan pasal buah durian ini:

“Ulas durian ini adalah bahagian yang boleh dimakan dan konsistensi dan rasa tak dapat dijelaskan. Kastard seperti mentega yang sangat berperisa dengan badam memberikan idea yang terbaik mengenainya, tetapi bercampur dengan rasa yang menarik perhatian krim-keju, sos bawang, coklat sherry dan ketidaksesuaian lain. Kemudian ada kelicinan pulut yang kaya dalam ulas durian, tetapi ia menambahkan keistimewaan.

___

Ia bukan asid, atau manis, atau berair, namun seseorang merasakan keinginan tiada sifat-sifat ini, kerana ia sempurna seperti itu. Ia tidak menghasilkan loya atau kesan buruk yang lain, dan semakin banyak anda memakannya semakin kurang anda merasa cenderung untuk berhenti. Malah untuk makan Durian adalah sensasi baru, bernilai pelayaran ke Timur untuk mengalami.” – petikan diambil dari buku Dispelling the Darkness: Voyage in the Malay Archipelago.

image is not available

Peta Alam Melayu yang dilakar oleh Wallace. Imej dari Wikimedia Commons.

Lepas tu, Wallace mengambil serius dalam durian ni dengan mengaitkannya dengan ilmu teologi.

“Puisi dan moralis, berdasarkan pokok dan buah-buahan Inggeris kita, telah berfikir bahawa terdapat perkadaran songsang antara saiz satu dan yang lain, supaya kejatuhan mereka tidak berbahaya kepada manusia. Dua buah yang paling menggerunkan yang diketahui, bagaimanapun, Kacang Brazil (Bertholletia) dan Durian, tumbuh di atas pokok-pokok yang tinggi, dari mana mereka berdua jatuh sebaik sahaja mereka masak, dan sering mencederakan atau membunuh mereka yang berusaha mendapatkannya.

___

Daripada ini kita boleh belajar dua perkara:—pertama, tidak membuat kesimpulan daripada pandangan alam yang sangat separa; dan kedua, bahawa pokok dan buah-buahan dan semua pengeluaran pelbagai kerajaan haiwan dan sayur-sayuran, tidak dicipta semata-mata untuk kegunaan dan kemudahan manusia.” – petikan diambil dari buku Dispelling the Darkness: Voyage in the Malay Archipelago.

Buang Ali pembantu Wallace ada mencipta idea kreatif berdasarkan durian

Tahukah korang, pembantu Wallace iaitu Buang Ali ada menulis satu idea kreatif mengenai durian di dalam buku notanya. Ideanya ialah cuba untuk mengaitkan elektrik dengan buah durian. Oh ye, kepada yang tak tahu, Buang Ali boleh dikatakan seorang saintis kerana terdapat penemuan kotak besi yang tertanam di tapak sebuah sekolah di Ternate.

Dalam buku nota itu, Buang Ali ada melukiskan satu gambar durian sebagai tenaga untuk menghidupkan kipas, boleh tengok gambar di bawah:

image is not available

Imej dari Isabelle Desjeux.

Ini ternyata durian ni dulu bukanlah saja orang makan je, tapi ramai juga orang mempelajari tentangnya.