Peratusan Keluar Mengundi Amat Rendah, PKR Lahirkan Kebimbangan

Politics
13 Mar 2022 • 12:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Orang ramai beratur untuk membuang undi di SK Taman Sutera Perling semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - PKR melahirkan rasa bimbang apabila peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam sangat rendah dan dikhuatiri boleh menggugat proses demokrasi jika senario tersebut berlarutan.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berkata, keputusan PRN Johor adalah satu peringatan penting buat semua parti politik untuk kembali merangkul kekuatan bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) nanti.

“Penghargaan saya buat semua pendukung dan jentera KEADILAN serta PH yang berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri ini.

“Keputusan ini juga ternyata suatu peringatan penting buat semua parti politik di bawah blok pembangkang,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor.

“Tahniah kepada Barisan Nasional atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor.

“Kami akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022.