
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah Sandakan belum layak untuk dinaik taraf sebagai bandar raya kerana tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Masidi berkata beliau akan membentangkan pindaan undang-undang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini (Khamis) dalam usaha tidak memusatkan kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah bandar itu layak dinaik taraf menjadi bandar atau tidak.

