‘Kenapa saya pula dikatakan gagal tolak Najib ke mahkamah’

Politics
2 Mar 2022 • 5:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PAGOH - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kenyataan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan dirinya yang mengakibatkan usaha menolak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah terbantut.

Tegasnya, sebaliknya beliau yang menentang Ahli Parlimen Pekan itu sehingga Najib dihadapkan ke mahkamah.

“Apa pula saya yang dikatakan mengagalkan usaha untuk menolak Najib ke mahkamah.

“Saya menentang mereka saya jatuh, sebab saya menentang apa yang mereka lakukan dan tidak bersedia untuk berkompromi dengan apa yang mereka lakukan seperti rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis bersama masyarakat Cina di Pekan Gambir, di sini pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan, Mahathir mengulangi pendiriannya bahawa perbuatan Muhyiddin mengakibatkan usaha menolak Najib telah terbantut.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, mahkamah akan membuat keputusan memandangkan Najib sudah dihadapkan ke muka pengadilan.

“Saya fikir Najib sudah dihadapkan ke muka pengadilan jadi mahkamah akan buat keputusan.

“Jadi ini bukan soal politik lagi tetapi lebih kepada undang-undang jadi saya fikir itu adalah yang lebih utama,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved