Terkini! Banjir Kilat Di Kuala Lumpur, Beberapa Jalan Mula Ditenggelami Air

7 Mar 2022 • 5:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini, tular di laman Twitter beberapa hantaran gambar serta video memaparkan keadaan banjir beberapa jalan raya di sekitar Kuala Lumpur yang mula ditenggelami air.

Menerusi ciapan Astro Traffic, dilaporkan banjir kilat telah berlaku di MRT Kuchai yang mengakibatkan trafik terjejas dikedua-dua arah diantara KFC Kuchai Lama dan dari susur Besraya.

Turut terjejas dengan banjir kilat di Pudu, Kuala Lumpur dan di beberapa kawasan di Lembah Klang berikutan hujan lebat petang tadi.

image is not available

Menurut laporan ITIS DBKL, turut terjejas di kawasan-kawasan tertentu seperti Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut menasihati para pemandu untuk berhati-hati ketika menggunakan jalan raya.

“Kepada sesiapa yang memandu, tolong memandu dengan berhati-hati,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Yang naik motor tolong jangan redah banjir,” tulis seorang lagi netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

Hanya 31 Hotel Di Selangor Ada Sijil Halal - Exco Hal Ehwal Agama Islam