
Baru nak reda isu video ‘panas’ Zul Ariffin, kali ini pelakon baru Shaza Bae pula dikritik netizen di TikTok.
Menerusi video dimuat naik olehnya di laman sosial tersebut, Shaza menunjukkan di sebalik tabir salah satu babak drama lakonannya yang sedang dalam pengambaran.
"Lepas Ni Saya Akan Lebih Berhati-Hati" - Zul Ariffin Mohon Maaf Tayang 'Aksi' Panas
Rakaman tersebut menunjukkan babak di antara Shaza bersama pelakon, Nadhir Nasar dipercayai sebagai suami isteri.
Apa yang menjadi perhatian adalah babak di mana Nadhir mendukung Shaza sehingga ‘off camera’. Kata Shaza di kapsyen, mengikut skrip Nadhir sepatutnya tidak perlu mengangkatnya pun.
Perbuatan itu mendapat kritikan ramai netizen di ruangan komen yang membangkitkan semula isu video ‘panas’ Zul Ariffin.
Rata-ratanya mengecam dua pelakon itu kerana tidak menjaga ikhtilat apatah lagi ia tidak dituntut oleh skrip.

The post “Sama Je Macam Zul Ripin” – Shaza Bae & Nadhir Nasar Pula Dikecam Kerana ‘Scene’ Dukung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

