Tahlil, doa selamat sempena Ramadan di kediaman rasmi MB

24 Mar 2022 • 10:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 MAC: Kira-kira 200 hadirin menyertai Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Ramadan di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di sini hari ini.

Majlis yang disertai Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad dimulakan jam 6.45 petang dengan bacaan tahlil oleh Imam Masjid Negeri Ustaz Abu Dzar Adanan.

Hadirin kemudian menunaikan solat maghrib berjemaah dan mendengar tazkirah Ramadan oleh Pendakwah dan Pembimbing Majlis Ta’lim Darul Mujtaba Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Majlis turut dihadiri beberapa wakil rakyat antaranya Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri, ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar dan ADN Kota Damansara Shatiri Mansor.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan ketua jabatan serta agensi negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved