Atletico Jinakkan Man United, Layak Ke Suku Akhir

Football
16 Mar 2022 • 7:49 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pemain Atletico Madrid meraikan kejayaan mereka layak ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. - Gambar AFP

MANCHESTER - Atletico Madrid menambah sengsara Manchester United selepas tandukkan Renan Lodi membawa kelab Sepanyol itu ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan agregat 2-1 selepas menumpaskan kelab gergasi Inggeris itu 1-0.

Pemain bek dari Brazil itu menjaringkan gol empat minit sebelum tamat babak pertama untuk menamatkan peluang terakhir United untuk menjulang piala musim ini, memanjangkan kemarau kejuaraan sejak 2017 untuk kelab itu.

United kini berdepan dengan cabaran besar untuk layak kembali ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan skuad yang dipenuhi bintang ini berada di kedudukan kelima di Liga Perdana Inggeris.  

“Kami tahu berdepan dengan lawan ini, pasukan saya perlu menjaringkan gol pertama terdahulu,” kata pengurus interim United Ralf Rangnick.

Pengurus Atletico Diego Simione pula menyatakan kegembiraannya dengan persembahan anak buahnya.

“Di awal permainan kami nampak yang mereka boleh dibolosi dengan serangan balas.

“Ia adalah usaha kolektif yang hebat. Saya sangat gembira,” katanya. - AFP

Keputusan lain:

Ajax 0 Benfica 1 (Benfica layak ke suku akhir dengan agregat 3-2)